Saturday 3 December 2011

Kita sEmua Layak gEmbira ^^

Kita semua layak gembira..
Kita semua layak untuk menikmati hidup atas dunia...
Kenapa mesti buat sesuatu yang menyebabkan kita sendiri menderita?
Apakah sudah bosan dengan kurniaan nyawa?






Kita semua layak gembira.
Kita semua layak untuk senyum bahagia.
Kita semua layak untuk ketawa.
Kita semua layak untuk mempunyai rasa suka.
Tapi mengapa masih ada lagi yang memilih sengsara?
Apakah sengsara itu satu bentuk hadiah berharga?
Yang menjadikan jiwa bahagia?


Pertanyaan yang diajukan kadangkala buatkan aku terfikir,
apakah manusia ini dangkal dalam menilai diri sendiri?
hati sendiri sehingga enggan lihat apa yang sedang terjadi,
susah sangatkah untuk duduk sebentar dan menilai kembali apa yang dimahukan dalam hidup?


Entah...
aku tidak layak untuk menghakimi manusia
bahkan aku tidak layak menghakimi sesiapa atas dunia..
siapalah aku jika dibandingkan dengan mereka2 semua..
aku hanya hamba ciptaan Yang Maha Esa


Kejamkah aku sebagai manusia?
Mungkin juga..


memuaskan hati orang sentiasa...itu pilihan yang aku ada..


tapi aku menolak dan enggan mahu percaya

sebab aku tahu aku masih punya rasa..

" kerana aku manusia "



No comments:

Post a Comment