Tuesday 13 December 2011

...ADAM oh ADAM...

ADAM oh ADAM...
aku terluka dengan sikapmu..
aku terguris dengan katamu...
aku terhiris dengan senyummu...

ADAM oh ADAM...
memang aku tidak layak menjadi permaisuri untukmu..
memang aku tidak layak menjadi temanmu..
memang aku tidak layak menjadi milikmu..
kerana aku tidak punya apa-apa...

ADAM oh ADAM...
kau sambut aku dengan tidak rela hati...
kau sambut aku tanpa sepatah kata..
kau sambut aku tanpa senyum tawa..
kau jadikan aku BONEKA pada hari itu terima kasih!

ADAM oh ADAM...
sungguh aku tergores hati dengan lagakmu..
aku hanya menjadi tetamu yang tidak diundang
dan pulang tidak berhantar..
pedih luluh hati aku bila kau jadikan aku "orang asing" pada waktu itu..

ADAM oh ADAM....
aku terkedu pada waktu kau perlakukan aku sebegitu...
hati aku manangis..merintih...
pedihnye rasa
bila hati yang selama ini sentiasa mendambakanmu..
hati yang sentiasa menyayangimu..
hati yang sentiasa merinduimu...
diperkotak katikan sebegitu..
ohh TUHAN hinanya aku...

ADAM oh ADAM...
memang aku tidak selembut gadismu..
memang aku tidak semanja gadismu..
memang aku tidak secantik gadismu..
memang aku tidak semanis gadismu...

TAPI aku ingin kau tahu...
 yang aku mempunyai HATI yang sentiasa mencintaimu dengan tulus..ikhlas...
dan aku tidak pernah mengharapkan balasan...

ADAM oh ADAM...
maafkan aku sayang...
semakin aku cuba menjauhimu aku rase kau makin menghampiriku...
jika kau dijodohkan dengan orang lain aku redha mungkin itu yang terbaik untuk kau dan aku...
anggaplah segalanya TENTANG KITA menjadi nostalgia yang manis utk aku..
walaupun itu semua tidak penting bagimu...

Nota Kaki : aku hanya kehilangan orang yang tidak menerima dan menyayangi aku sedangkan die kehilangan orang yang benar-benar ikhlas cintakan die...

No comments:

Post a Comment