Wednesday 14 December 2011

: : hati perasan FITRAH manusia : :

Cinta seorang lelaki kepada wanita dan cinta wanita kepada lelaki adalah perasaan yang manusiawi yang bersumberkan dari fitrah yang diciptakan Allah SWT di dalam jiwa manusia iaitu kecenderungan kepada lawan jenisnya ketika telah mencapai kematangan fikiran dan fizikalnya...


Cinta itu buta...
tak kenal usia,paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun...
tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain..


Tidak semua orang dapat dicintai..
dan sikap kita kadang kala dibalas sengan sikap tidak sopan...
Jika cinta sudi tidak datang...
Maka tiada gunaya cinta yang dibuat-buat...

Sayang tidak bermaksud cinta..suka tidak serasi dengan cinta..
kagum tidak bererti cinta...
Bangga tidak semestinya cinta..
CINTA adalah CINTA..
Cinta tu seperti sinar matahari..memberi tanpa mengharap kembali..
Cinta itu seperti sinar matahari...tidak memilih siapa yang ia sinari..
Cinta itu seperti sinar matahari..memberi kehangatan di hati..

Cinta umpama 'treasure hunt'...
cita-cita dan tujuan kita satu iaitu untuk menuju ke penamat yang paling menggembirakan...
Namun dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran...
Andainya tidak mampu meneruskan,
kita akan tersungkur dan kecewa...

"Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tidak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya...dan bila disuatu masa dia hilang dari pandanganmu..kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari...."

Nota Kaki : Cinta itu hendaklah dikawal..bukan dihalang..kerana CINTA adalah FITRAH

No comments:

Post a Comment